Jumaat, 4 Disember 2009

Pertandingan Permainan Interaktif DOTA

Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Lembah Sekilau dengan kerjasama Biro ICT Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota hari ini telah menganjurkan Pertandingan Permainan Interaktif DOTA bertempat di Click Here Cyber Cafe. Seramai 50 penyertaan. Pertandingan ini bertujuan mendekati golongan remaja yang sentiasa berada di siber cafe yang sentiasa disalah ... See Moreanggap oleh sesetengah pihak. Dalam memahami kehendak remaja pada hari ini, mereka sememangnya mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yg tinggi dan jika dipupuk dan disemai tidak mustahil negara kita dapat melahirkan generasi yang mahir dalam bidang ini. Kecenderungan ini kalau kita lihat di negara Jepun yg mendominasikan teknologi dalam permainan ini, remaja jepun mewakili negara mereka sampai ke peringkat antarabangsa. Justeru itu, di atas minat yg terlalu mendalam, kita lihat hari ini syarikat di Jepun telah mendominasi perniagaan yang bersumberkan permainan interaktif ini yg keuntungannya mencecah berbillion ringgit. Justeru itu saya Muhammad Faiz Bin Hashim selaku Ketua Pemuda Caw Lembah Sekilau dan Pengerusi ICT Pemuda UMNO Indera Mahkota dengan ini merayu pada pihak kerajaan dan pertubuhan belia agar mendekati remaja ini, memahami jiwa mereka kerana mereka sebenarnya boleh menjadi aset yg berguna pada negara andai diberi didikan dan perhatian yg cukup sempurna dan baik.

Ahad, 22 November 2009

AWAS PECAH RUMAH!

Sejak akhir-akhir ini banyak kejadian pecah rumah berlaku di kawasan perumahan lembah sekilau. semua penduduk dinasihatkan berhati-hati dan pasang lampu porch pada setiap malam. semoga kita sama-sama beri kerjasama pada KRT dalam melakukan rondaan.

Tiada kemudahan sukan..MPK tak prihatin...

Kami Pemuda Cawangan Lembah Sekilau tiada tempat untuk beriadah..kami tiada gelanggang takraw, tiada gelanggang badminton, tiada padang bolasepak. Mohon padang futsal pada Majlis Perbandaran Kuantan, diorang ckp tiada peruntukan. Bila kami cari pihak swasta yang boleh membiayai gelanggang futsal, MPK cakap menganggu ketenteraman awam. Kami tidak pernah putus asa. Kami dapatkn juga sokongan penduduk dan sokongan pengerusi KRT tempat kami. Alhamdulillah smuanya menyokong. Kami kemukakan permohonan sekali lagi sampai ke hari ini tiada jawapan.....kalau mcm ni lah kerenah MPK dan sikap YDP Dato', jgn la salahkan belia terlibat dgn gejala negatif kerana puncanya MPK tidak prihatin dengan keperluan org muda..