Jumaat, 4 Disember 2009

Pertandingan Permainan Interaktif DOTA

Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Lembah Sekilau dengan kerjasama Biro ICT Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota hari ini telah menganjurkan Pertandingan Permainan Interaktif DOTA bertempat di Click Here Cyber Cafe. Seramai 50 penyertaan. Pertandingan ini bertujuan mendekati golongan remaja yang sentiasa berada di siber cafe yang sentiasa disalah ... See Moreanggap oleh sesetengah pihak. Dalam memahami kehendak remaja pada hari ini, mereka sememangnya mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yg tinggi dan jika dipupuk dan disemai tidak mustahil negara kita dapat melahirkan generasi yang mahir dalam bidang ini. Kecenderungan ini kalau kita lihat di negara Jepun yg mendominasikan teknologi dalam permainan ini, remaja jepun mewakili negara mereka sampai ke peringkat antarabangsa. Justeru itu, di atas minat yg terlalu mendalam, kita lihat hari ini syarikat di Jepun telah mendominasi perniagaan yang bersumberkan permainan interaktif ini yg keuntungannya mencecah berbillion ringgit. Justeru itu saya Muhammad Faiz Bin Hashim selaku Ketua Pemuda Caw Lembah Sekilau dan Pengerusi ICT Pemuda UMNO Indera Mahkota dengan ini merayu pada pihak kerajaan dan pertubuhan belia agar mendekati remaja ini, memahami jiwa mereka kerana mereka sebenarnya boleh menjadi aset yg berguna pada negara andai diberi didikan dan perhatian yg cukup sempurna dan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan